Monday, September 24, 2012

Kotak Masa

Assalamualaikum wbt
Bismillahirahamnirahim..

::::::::::::: Kotak Masa :::::::::::

Meronta ingin keluar dari kotak masa..
Ingin mencipta sebuah ceritera cinta..
Terus kekal pada garis masa yang sama
Ingin mengubah segala rasa yang ada...

Jiwa meronta untuk dibaca..
Hati berkata aku ini berbicara
Namun tiada siapa yang ingin meluangkan masa
Kerana akal terus terdiam tanpa sebarang kata..

Andai mampu kupecahkan waktu..
Ingin aku terbang ke mana yang aku mahu...
Kerana kebebasan itu yang aku mahu...
Mereka tidak pernah mengerti..
Jiwa terasa terkongkong dengan kemahuan diri..
Siapkah yang mampu melerasikan besi
Yang memegang merantai hati..

Akhirnya...
Terus kaku disini..
Bukan redha.. bukan juga pasrah..
Tapi semuanya kerana terpaksa...

Izinkan aku memecahkan kotak masa.... !!





*** Tak faham.... Senyum jelah.. :P

Monday, September 17, 2012

Kriteria Wanita SOLEHAH


Assalamualaikum wbt... 
Bismillahirahmanirahim.. 



Apa yang sering diangankan oleh kebanyakkan lelaki tentang wanita yang bakal menjadi pendamping hidupnya?? Cantik, kaya, mempunyai kedudukan yang bagus, serta taat pada suami. Inilah keinginan yang banyak muncul pada kotak fikiran orang lelaki, dan satu keinginan yang lebih tepat disebut angan-angan. Hal ini kerana, jarang ada wanita yang memiliki sifat sedemikian. 

Seorang muslim yang soleh ketika membangun mahligai rumahtangga maka yang menjadi dambaan dan cita-citanya adalah agar rumah tangganya kelak berjalan dengan baik, dipenuhi dengan mawaddah wa rahmah. Sarat dengan kebahagian, dan adanya saling ta'awun (tolong menolong), saling memahami dan saling mengerti. Pasti sahaja mereka mendambakan isteri yang pandai meletakkan diri untuk menjadi naungan suami dan tempat beristirehat daripada sukarnya kehidupan diluar. Seterusnya berharap anak-anaknya kelak menjadi soleh dan penyejuk mata kepadanya. 

Demikian harapan demi harapan disimpulkan sambil memohon kepada Allah agar dimudahkan urusannya. Namun tentunya menjadi dambaan muslim yang soleh itu tidak akan ada melainkan wanita yang dipilihnya itu adalah muslimah yang solehah. Kerana, hanya wanita solehah yang bisa menjadi peneman hidup yang membantu suaminya dalam suka dan duka, saling membantu dan mendorong suami untuk taat kepadaNya.. 

Hanya dalam diri seorang wanita solehah tertanam tauhid, akhlak yang mulia dan budi pekerti yang luhur. Dia akan berupaya ta'awun dengan suaminya untuk menjadikan rumah tangganya bangunan yang kuat lagi berguna untuk menyiapkan generasi Islam yang diredhai Ar-Rahman... ^^ 

Maka dengan itu, wahai muslimah marilah kita mempersiapkan diri kita untuk menjadi pendamping yang solehah buat mereka yang bergelar suami insyaAllah dunia dan akhirat.. Cubalh untuk mengenali sifat-sifat solehah itu, mengkaji dan meneliti.. Seterusnya praktikkan pada diri.. InsyaAllah... Kita akan bernilai solehah.. Wanita acuan al-quran dan sunnah.. :) 


Asif na... PInjam Gmbr...


Kriteria Wanita Solehah 

1. Penuh kasih sayang, selalu kembali kepada suaminya dan mencari maafnya. 

Rasulullah saw bersabda: "Maukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kalian yang menjadi penghuni syurga iatu isteri yang oenuh kasih sayang, ramai anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata: "Aku tak dapat tidur sebelum engkau redha." (Hadis Riwayat An-Nasai dalam Isyratun Nisa no.257. Sisilah Al-Hadits Ash Shahihah, Asy-Syaikh Albani t, no. 287)


2.  Melayani suaminya (berkhidmat kepada suami) seperti menyiapkan makan-minumnya, tempat tidur, pakaian dan seumpamanya.


3. Menjaga rahsia-rahsia suami, lebih-lebih lagi berkenaan hubungan intim antara dia dan suaminya. 

Asma' bintu Yazid menceritakan dia pernah berada disisi Rasulullah saw. Ketika itu kaum lelaki dan wnaita sedang duduk. Baginda bertanya: " Barangkali ada seorang suami yang menceritakan apa yang diperbuatnya dengan isterinya (semasa berhubungan intim), dan barangkali ada seorang isteri yang mengkhabarkan apa yang diperbuatnya bersama suaminya?" maka mereka semua diam tidak menjawab. Aku (asma) pun menawab: "Demi Allah! Wahai Rasulullah, sesungguhnya mereka (para isteri) benar-benar melakukannya, demikian pula (para suami).  
Baginda bersabda: "Jangan lagi kalian melakukannya, kerana yang demikian itu seperti syaitan-syaitan yang bertemu dengan syaitan betina di jalan, kemudian digaulinya sementara manusia menontonnya. " (Hadis Riwayat Ahmad 6/456, Asy-Syaikh Albani dalam Adabuz Zafaf (ms63) menyatakan ada syawahid (penyokong) yang menjadikan hadis ini sahih )

4. Selalu berpenampilan yang bagus dan menarik dihadapan suaminya sehingga bila suaminya memndang akan menyenanginya.

Rasulullah bersabda : "Mahukah aku beritakan kepada kamu tentang sebaik-baik perbendaharaan seorang lelaki, iaitu isteri solehah yang bila dipandang akan menyenangkannya, apabila diperintah akan mentaatinya dan apabila dia pergi sisiteri akan menjaga dirinya." (Hadis Riwayat Abu Dawud no. 1417. Asy-Syaikh Muqbil berkata dalam Al-Jami'ush Shahih 3/57: "Hadis ini sahih di atas syarat Muslim')

5.  Ketika suaminya sedang berada dirumah , ia tidak menyibukkan dirinya dengan melakukan ibadah sunnah yang menghalanginya melayani suaminya (istimta') kecuali atas keizinanya suaminya.

Rasulullah bersabda: "Tidak halal bagi seorang isteri berpuasa (sunat) sementara suaminya ada (tidak berpergian) kecuali atas keizinannya " (Hadis Riwayat Al-Bukhari no. 5195 dan Muslim no. 1026) 


6 Sifat Wanita Solehah 


~ Mentauhidkan Allah dengan mempersembahkan ibadah hanya kepadaNya tanpa menyekutukanNya dengan sesuatu pun.

~Tunduk kepada perintah Allah, terus menerus dalam ketaatan kepadaNya dengan banyak melakukan ibadah solat, puasa, bersedekah dan selainnya. Membenarkan segala perintah dan laranganNya.

~ Menjauhi segala perkara yang dilarang dan menjauhi sifat-sifat yang rendah.

~Selalu kembali kepada Allah dan bertaubat kepadaNya sehingga lisannya senantiasa dipenuhi dengan Istighfar dan zikir kepadaNya. SEbbaliknya ia jauh daripada perkara yang lagha, tidak bermanfaat dan sebagainya.

~Mentaati suami dalam perkara kebaikan bukan dalam bermaksiat kepada Allah dan melaksanakan hak-hak suami sebaik-baiknya.

~ Menjaga dirinya ketika suami tiada disisinya. Menjada kehormatannya dari tangan yang tidak menyentuh, mata yang hendak melihat, telinga yang hendak mendengar. Demkian juga dengan anak2, rumah dan harta suaminya. ^^

Demikian yang dapat di sebutkan dan dikongsikan untuk semua. Semoga Allah SWT memberi taufik dan hidayah kepada kita agar dapat menjadi wanita yang solehah... InsyaAllah amin. ^^


*** Rujukan : Majalah I :)


Thursday, September 6, 2012

Check List PUASA SUNAT 2012/2013


Assalamualaikum wbt... 
Bismillahirahmanirahim


Ramadhan dah lama berlalu.. Syawal menjelma dan kita masih lagi berada di bulan kemenangan... Namun ibadah puasa kita boleh diteruskan lagi... Banyak puasa sunat yang boleh kita lakukan sepanjang tahun sebelum kehadiran Ramadhan yang berikutnya... Semoga dengan ibadah puasa yang berterusan.. Kita akan lebih istiqomah dalam mendidik jiwa  dan diri kita daripada nafsu dan sebagainya... InsyaAllah.. :)

Ammar kongsikan check list yang ammar bace  dalam majalah Solusi Isu 47 ^_^ 
Jom kita buat sama2... Salam Mahabbah wa Istiqomah :) 

Check List PUASA SUNAT 2012/2013 



Puasa Sunat
Tarikh
√ / X
Puasa Enam
Puasa mana-mana enam hari syawal kecuali 1 syawal
20 Ogos -16 September 2012

Puasa 1-8 Zulhijjah
17-24 Oktober 2012

Puasa Hari Wukuf
Bagi mereka yang tidak menunaikan haji
25 Oktober 2012

Puasa 1-9 Muharram
15-3 November 2012

Puasa Hari Asyura
Pada 10 Muharram beserta sehari sebelumnya
23-24 November 2012

Puasa Isnin dan Khamis
Mana-mana hari Isnin dan Khamis kecuali :
Hari Tasyrik 13 Zulhijjah: 29 Oktober 2012 (Isnin)
Hari Syak 30 Syaaban: 7 Julai 2013 (isnin)

Puasa Hari Putih
Pada 13, 14 dan 15 hari bulan setiap Hijrah
Syawal : 31 Ogos – 2 Sept 2012
Zulkaedah : 29 Sept – 1 Okt 2012
Zulhijah : 29-31 Okt 2012
Muharam : 9-11 disember 2012
Safar : 8-10 Januari 2013
Rabiulawal : 6-8 Februari 2013
Jamadilawal : 5-7 April 2013
Jamadilakhir : 5-7 Mei 2013
Rejab : 3-5 Jun 2013
Syaaban : 3-5 Julai 2013

Puasa Sunat Rejab
10 Mei – 7 Jun 2013

Puasa sunat Syaaban
(kecuali hari syak, 30 syaaban)
8 Jun – 6 Julai 2013



***** Senarai puasa di atas adalah dalam tempoh 1 Syawal 1433H sehingga 30 Syaaban 1434H 

Saturday, September 1, 2012

September..... ^^


Assalamualaikum Wbt
Bismillahirahmanirahim. 






Apa kisah disebalik september... ???
Bukan untuk menunjuk diri sudah sempurna... 
Namun, semuanya bermula pada September... 

Mula ukhwah bersama mereka.. 
Usrah cinta di alam maya...
Kenal tanpa pernah bersua
Namun itulah takdir yang ditentukan Ilahi...

Setahun dah berlalu... 
Kasih menggamit rindu...

Ku kenal mereka ketika itu...
Bahagia....
Namun hanya bersama mereka..

September...
Kali ini semua berpisah...
Seorang ke utara..
Seorang ke Tanah Anbiya..
Ada yang masih di sana..
Ada yang hilang khabr berita..

Namun...
Kasih sentiasa ada..
Buat mereka..
yang pernah menjalin ukhwah bersama..
Kerana ALLAH SWT...

Rindu..
Dalam Doa..
Kasih 
Dalam jiwa..
Sayang
Dalam Resah..

Semoga ukhwah berkekalan hingga ke SYURGA.. InsyaAllah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...