Monday, September 24, 2012

Kotak Masa

Assalamualaikum wbt
Bismillahirahamnirahim..

::::::::::::: Kotak Masa :::::::::::

Meronta ingin keluar dari kotak masa..
Ingin mencipta sebuah ceritera cinta..
Terus kekal pada garis masa yang sama
Ingin mengubah segala rasa yang ada...

Jiwa meronta untuk dibaca..
Hati berkata aku ini berbicara
Namun tiada siapa yang ingin meluangkan masa
Kerana akal terus terdiam tanpa sebarang kata..

Andai mampu kupecahkan waktu..
Ingin aku terbang ke mana yang aku mahu...
Kerana kebebasan itu yang aku mahu...
Mereka tidak pernah mengerti..
Jiwa terasa terkongkong dengan kemahuan diri..
Siapkah yang mampu melerasikan besi
Yang memegang merantai hati..

Akhirnya...
Terus kaku disini..
Bukan redha.. bukan juga pasrah..
Tapi semuanya kerana terpaksa...

Izinkan aku memecahkan kotak masa.... !!





*** Tak faham.... Senyum jelah.. :P

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...