Friday, October 26, 2012

Mungkin Ini Cara Terbaik....



Bismillahirahmanirahim..
Asalamualaikum wbt... 


Walau siapa pun saya.. Saya tetap manusia biasa yang ada kalanya tewas dengan em0si sendiri. Dan saya yakin,tiada se0rang pun yang terkecuali daripada mengalami situasi ini...

Apakah cara kita harus lakukan jika kita dibelenggu dengan ketraumaan yang boleh juga dikatakan agak "hyperbola"??

yang dapat mengatasi atau membantu mengatasi trauma berat ini hanyalah diri sendiri dengan kesedaran tinggi dan jiwa yang besar.. :(

sedarlah bahawa apa yang telah terjadi adalah nyata dan harus sedikit demi sedikit diterima sebagai kenyataan dalam hidup ..

mula berfikir untuk diri sendiri, bahawa kita harus bergerak hidup kedepan dan bukannya berhenti di tengah jalan

juga sedar bahawa apa yg telah terjadi itu bukan hak kita, kita tidak mampu memaksakannya. kita harus melepaskan dengan jiwa besar..

mula mengerti bahawa kita mempunyai tanggungjawab selanjutnya dalam hidup 

tidak mudah, oleh kerana itu kita memerlukan sahabat atau dorongan keluarga untuk kembali bangun dan bersemangat. jangan mengunci diri, lakukanlah muamalah dengan teman-teman baru disekeliling kita. jangan menyalahkan diri, tetapi tariklah kejadian ini sebagai suatu pelajaran hidup yang sangat berguna.InshaAllah.. Wallahua'lam














Tuesday, October 9, 2012

Hati kata... Inilah Rasa..


Bismillahirahmanirahim....


Ya Allah...
Jauh lagi ke nak sampai
jiwa merintih kerinduan
bukan kepada sesiapa
hati ingin bertemu Dia..
kekasih pemilik cinta...

Ya Rasulullah...
Ingin sungguh diri ini bertemu..
namun terdiri diri kerdil disisimu
bukan kerana kekurangan diri
tapi kerana amalan selama ini...

Ya Allah..
Izinkan aku mencintaiMu
Ya Rasulullah...
Berikan aku syafaatmu...

Subahanallah... Alhamdulillah... AllahuAkhbar...
Sollu Ala nabi... Allahumma solli ala saidina Muhammad... Wa ala ali muhammad...





Monday, October 8, 2012

Kisah 09.10.10 ~Konvo Saya~

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirahamnirahim... 

09.10.2012 mengimbau kenangan indah 2 thn lalu.. iaitu pada tarikh yang sama 09.10.2010 adalah tarikh konvokasyen saya di Universiti Malaysia Sabah "Sarjana muda sains sosial (Geografi)". 

Tengok update sahabat-sahabat kat Fb yang tengah konvo dan bergembira meraihkan kejayaan mereka selama beberpara tahun bergelumang dengan buku, kajian, jurnal dan sebagainya bagi mendapatkan Ijazah yang diidamkan... Mengimbau kembali kenangan semasa situasi itu berlaku ke atas diri ini... ^^ 

Semasa di universiti, ammar tak berniqab lagi... ketika itu baru nak mengenal niqab.. mencari kekuatan untuk menjadikannya kenyataan.. dan terus menambahkan ilmu demi sebuah tujuan iatu NIQAB. Ammar berniqab sepenuhnya semasa Syawal 1431H. Ammar mulakan langkah penghijrahan berniqab bermula pada 1 Syawal dan alhamdulillah sahabat2 mengetahui dan menyokong... Walaupun pada ketika itu fmly tidak bersetuju dengan tindakan yang dilakukan... Namun, cuba juga untuk memberi kefahaman kepada mereka untuk menerima.. dan akhirnya alhamdulillah... sehingga hari ini Niqab itu menjadi pakaianku... :) 

Seminggu sebelum Konvo... 

Fmly tanya : Adik, nt pakai purdah juga ke konvo.. 

Adik : InsyaAllah.... (nak sangat dalam hati...) Sedangkan dalam otak ligat memikirkan cmne nk pakai masa konvo tu nt... Boleh ke tak?? Siap tnya kawan-kawan lagi... dan minta kawan2 semua doakan moga dapat pakai masa tu... 

Malam sebelum hari konvo, jahit jubah saiz M (coz saya saiz S) bagi dia kecik sikit... 
Fmly : Adik... esok pakai juga purdah ni?? 
Adik : InsyaAllah... Boleh kan... 
Fmly : Ermm... boleh ke pakai... Rasanya x boleh pakai.. 
Adik : InsyaAllah.. boleh jak tu... Doa jak... 

Sebelum masuk dewan 


Jumpa kawan-kawan sekuliah dulu 
Mereka : Alhamdulillah.. sahabatku dah berniqab.. Moga istiqomah yer.. 
Mereka : Eh..eh... aku dah ada kawan ninja lah... hehe... (gurau je..) 
Mereka : Ya Allah... hidayah dah sampai padamu.. moga akan hadir buat diriku juga... 

Aku : Terharu sangat-sangat dengan mereka.. InsyaAllah.. 

Dah masuk dewan.. Dengan berdebarnya, hope xde yang minta saya buka niqab... Doa banyak2... Dan alhamulillah... semuanya dimudahkan... Tiada permintaan dan arahan yang dikeluarkan... Yang pastinya.. Saya menjadi perhatian.. (kerana itu adalah kali pertama orang konvo kat UMS pakai niqab). 

Saat paling melucukan masa naik pentas... Ammar naik je... Semua Pensyarah, sanetor2 yang ada kat pentas  meninggikan kepala melihat saya... (semuanya boleh tengok dalam  gambar yang dirakamkan semasa penerimaan skroll) Allah... Bersyukurnya saya... semuanya dipermudahkan... Sebelumnya.. takdelah takot sangat.. diri seakan yakin, bahawa niqab itu dibolehkan digunakan semasa acara konvokasyen.. dan Alhamdulillah saya telah membuktiknnya... 


Jubah saya sangat besar....
Dapat banyak bunga dan patung Katak daripada anak sedara...
Alhamdulillah.... Impian tercapai...
Syukran Ya Allah...

***Pernah post  kat Fb... tapi dah padam... Banyak inbox soal hal ni... dan alhamdulillah ramai yang terinspirasi... :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...