Monday, October 8, 2012

Kisah 09.10.10 ~Konvo Saya~

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirahamnirahim... 

09.10.2012 mengimbau kenangan indah 2 thn lalu.. iaitu pada tarikh yang sama 09.10.2010 adalah tarikh konvokasyen saya di Universiti Malaysia Sabah "Sarjana muda sains sosial (Geografi)". 

Tengok update sahabat-sahabat kat Fb yang tengah konvo dan bergembira meraihkan kejayaan mereka selama beberpara tahun bergelumang dengan buku, kajian, jurnal dan sebagainya bagi mendapatkan Ijazah yang diidamkan... Mengimbau kembali kenangan semasa situasi itu berlaku ke atas diri ini... ^^ 

Semasa di universiti, ammar tak berniqab lagi... ketika itu baru nak mengenal niqab.. mencari kekuatan untuk menjadikannya kenyataan.. dan terus menambahkan ilmu demi sebuah tujuan iatu NIQAB. Ammar berniqab sepenuhnya semasa Syawal 1431H. Ammar mulakan langkah penghijrahan berniqab bermula pada 1 Syawal dan alhamdulillah sahabat2 mengetahui dan menyokong... Walaupun pada ketika itu fmly tidak bersetuju dengan tindakan yang dilakukan... Namun, cuba juga untuk memberi kefahaman kepada mereka untuk menerima.. dan akhirnya alhamdulillah... sehingga hari ini Niqab itu menjadi pakaianku... :) 

Seminggu sebelum Konvo... 

Fmly tanya : Adik, nt pakai purdah juga ke konvo.. 

Adik : InsyaAllah.... (nak sangat dalam hati...) Sedangkan dalam otak ligat memikirkan cmne nk pakai masa konvo tu nt... Boleh ke tak?? Siap tnya kawan-kawan lagi... dan minta kawan2 semua doakan moga dapat pakai masa tu... 

Malam sebelum hari konvo, jahit jubah saiz M (coz saya saiz S) bagi dia kecik sikit... 
Fmly : Adik... esok pakai juga purdah ni?? 
Adik : InsyaAllah... Boleh kan... 
Fmly : Ermm... boleh ke pakai... Rasanya x boleh pakai.. 
Adik : InsyaAllah.. boleh jak tu... Doa jak... 

Sebelum masuk dewan 


Jumpa kawan-kawan sekuliah dulu 
Mereka : Alhamdulillah.. sahabatku dah berniqab.. Moga istiqomah yer.. 
Mereka : Eh..eh... aku dah ada kawan ninja lah... hehe... (gurau je..) 
Mereka : Ya Allah... hidayah dah sampai padamu.. moga akan hadir buat diriku juga... 

Aku : Terharu sangat-sangat dengan mereka.. InsyaAllah.. 

Dah masuk dewan.. Dengan berdebarnya, hope xde yang minta saya buka niqab... Doa banyak2... Dan alhamulillah... semuanya dimudahkan... Tiada permintaan dan arahan yang dikeluarkan... Yang pastinya.. Saya menjadi perhatian.. (kerana itu adalah kali pertama orang konvo kat UMS pakai niqab). 

Saat paling melucukan masa naik pentas... Ammar naik je... Semua Pensyarah, sanetor2 yang ada kat pentas  meninggikan kepala melihat saya... (semuanya boleh tengok dalam  gambar yang dirakamkan semasa penerimaan skroll) Allah... Bersyukurnya saya... semuanya dipermudahkan... Sebelumnya.. takdelah takot sangat.. diri seakan yakin, bahawa niqab itu dibolehkan digunakan semasa acara konvokasyen.. dan Alhamdulillah saya telah membuktiknnya... 


Jubah saya sangat besar....
Dapat banyak bunga dan patung Katak daripada anak sedara...
Alhamdulillah.... Impian tercapai...
Syukran Ya Allah...

***Pernah post  kat Fb... tapi dah padam... Banyak inbox soal hal ni... dan alhamdulillah ramai yang terinspirasi... :)



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...