Wednesday, December 18, 2013

Apa yang kau harapkan....




Usah cari tempat di hati manusia... 
Carilah kedudukan Allah dalam hati kita... 

Sayang manusia hanya sementara wahai sahabatku... 
Kasih Allah selama2nya... 

Berteriaklah kepada semua manusia... Mengharap kasih.. 
Tapi tenang itu takkn smpai sehingga engkau kenal cinta Tuhanmu...

Berteriak pun semua manusia di seklilingmu.. Keseorangan pasti engkau rasai.. 
Kerana lahirnya kita begitu.. Perginya juga kita begitu...

Wednesday, October 30, 2013

SAAD BIN ABI WAQAS



BIODATA SAAD BIN ABI WAQAS, 
PEMANAH PERTAMA YG BERJIHAD DI JALAN ALLAH SWT


Nama lengkapnya Saad bin Malik bin Uhaid bin Abd Manaf Az-Zuhri, biasa dipanggil Abu Ishaq dan digelari Faris Al-Islam. Dilahirkan di Mekkah pada tahun 23 sebelum hijrah. Ia termasuk orang yang mula-mula masuk islam. Ketika itu ia baru berusia 17 tahun.

Setelah masuk islam, ibunya mogok makan agar Saad murtad dari islam. Saad berkata, “perlu diketahui wahai ibuku, sekiranya ibu memiliki 100 nyawa dan nyawa ibu dicabut oleh malaikat satu persatu, maka aku tidak akan murtad dari agama baruku ini”.

Daripada peristiwa ini, lalu turunlah firman Allah SWT yang bermaksud, “dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan DAKU (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan. (Al-Ankabut: 

Saad adalah 'ORANG YG PERTAMA MEMANAH' dalam perang di jalan Allah. Saad adalah salah seorang antara 10 sahabat yang dijamin syurga oleh Rasulullah SAW.

Tak kala sampai berita tentang serangan Pasukan Persia terhadap kaum muslimin dan gugurnya 4000 tentera muslimin dalam pertempuran Al Jisr dan penduduk Iraq mengingkari janji mereka, Khalifah Umar bin Al Khattab telah memutuskan untuk mengepalai sendiri angkatan tentera Muslimin. Akan tetapi kaum muslimin tidak bersetuju. Abdurrahman bin Aus mengusulkan untuk mengutuskan Saad bin Abi Waqas sebagai panglima perang. Pasukan Saad telah berjaya memerangi pasukan Persia sampai ke wilayah Nahrawand kemudian ke wilayah Al-Madain.

Dalam perang Al-Madain, pasukan yang dipimpinnya menyeberangi sungai Eufrat. Ketika mereka turun ke sungai dengan kenderaan tunggangan mereka, Saad menyuruh mereka mengucapkan, “Kami meminta pertolongan kepada Allah dan bertawakkal kepadanya. Cukuplah bagi kami Allah sebagai wakil. Tidak ada daya dan kekuatan selain daya dan kekuatan dari Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung”. Setelah itu mereka berjalan atas sungai seperti mereka berjalan di darat.

Saad adalah salah satu diantara enam orang yang ditunjukkan oleh Umar sebagai calon untuk menggantikannya sebagai Khalifah selepas peninggalannya. Saidina Uthman bin Affan dipilih sebagai pengganti Umar.

Saad menghindarkan diri dari pergolakan politik antara Saidina Ali (khalifah ke4) dengan Saidina Muawiyah.

Ia kehilangan penglihatannya di akhir hayatnya. Ia meninggal dunia di istananya di daerah Al-‘Aqiq yang berjarak 5 batu dari Kota Madinah. Ia meninggal pada tahun 55 H dalam usia 80 tahun.



Wednesday, September 11, 2013

Sekadar perkongsian pengalaman..

Assalamualaikum wbt..
Bismillahirahmanirahim... 

Sekadar perkongsian pengalaman..
Berpakaian serba hitam ataupun yang berwarna.

Saya bekerja sebagai cikgu tadika dan pergaulan saya dengan masyarakat khasnya ibu bapa dan kanak-kanak sangat luas... Masa mula2 mengajar.. saya memang selalu pakai pakaian warna hitam.. tudung hitam.. niqab hitam. Jarang sangat pakai yang berwarna.. Sampaikan kawan sekerja ada yang tanya..

"Ko tiada baju lain kah selain warna hitam?? "
"Hitam lagi... "

Yang ni biasa lagi.. dah macam nyayian usikan sahabat2 ni.. Tapi bila ada ibu bapa yang tanya

"Cikgu ni ajaran sesat ya?? Kata orang yang pakai macam cikgu ni sesat"
"Cikgu.. macam takut pulak anak saya mau datang sekolah ni"
"Cikgu hantu, datang sudah "

Ni adalah pandangan masyarkat luar bandar yang pengetahuan mereka bukan seperti masyrakat yang lain.. Mungkin di kawasan sahabat2 yang lain. Bagi yang memahami mereka tidak persoalkan.. Dan Alhamdulillah ada juga yang menerima walupun mereka sebenarnya banyak persoalan di minda.

Bila ada yang kata macam tu, saya terfikir.. tak sesuai sangat saya pakai serba hitam ni... Nak bg mereka faham pun kena sedikit demi sedikit.. dan saya cuba untuk memakai tudung berwarna dan memakai niqab half hitam.. Selang seli dengan yang sebelumnya.. dan kata2 yang seperti sebelum ini sudah berkurangan dan mereka juga sudah tidak memandang pelik..

Alhamdulillah... Nak bg mereka faham tak semua mampu menerima penjelasan yang berat.. Maka ambillah lankah sedikit demi sedikit..
^^ Moga Allah redha..



Saturday, September 7, 2013

Keseronokan memanah



Assalamualaikum wbt
BIsmillahirahmanirahim..

24.Ogos lepas berpeluang belajar memanah dalam program anjuran sahabat FB di Tawau... Alhamdulillah sangat seronok dengan perkongsian teknik dan ilmu daripada sahabat2 yang baru dikenali.. dan saya menghormati mereka sebagai Jurulatih..

^^

Sedikit perkongsian tentang memanah...  (Copy dari Group Teraju Sabah)

Pengenalan kepada Sunnah memanah
Memanah merupakan salah satu kemahiran purba yang masih kekal sehingga kini. Keutamaan Ilmu memanah telah berubah mengikut zaman dan masa, dari hanya merupakan alatan memburu, kepada sukan riadah di kalangan para bangsawan dan raja di zaman Melayu silam, sehingga menjadi aset penting di dalam era kebangkitan Islam. Rasulullah S.A.W amat mementingkan sukan memanah ini sehingga banyak hadis mengutakan ilmu ini berbanding yang lain. Diantaranya Rasulullah SAW pernah bersabda,

“Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani).

“Nabi SAW melalui satu kawasan di mana sahabat sedang memanah. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya datuk kamu, Nabi Ismail adalah seorang pemanah. Memanahlah dan aku bersama Bani Fulan (salah satu kumpulan pemanah).” Lalu kumpulan satu lagi berhenti memanah. Rasulullah SAW bertanya: “Kenapa kamu berhenti memanah?” Jawab sahabat: “Bagaimana kami hendak memanah kamu berada bersama kami.” Nabi SAW menjawab: “Memanahlah, aku bersama kamu semua.” (Hadis riwayat Bukhari)

Tidak dapat dinafikan juga kekebihan memiliki ilmu ini di kalangan masyarakat Melayu. Memanah dapat melatih emosi dan fizikal semasa meletakkan focus kepada sasaran. Ia juga menitik- beratkan keseimbangan badan, dan secara tidak langsung, sunnah ini melatih seseorang agar mengawal ketenangan dan kestabilkan emosi. 

Ini merupakan di antara disiplin yang perlu ada pada setiap orang Islam. Perbuatan melenturkan anak panah pada busur, dan melepaskannya kepada sasaran memerlukan kekuatan fizikal yang diselengarakan dengan kekuatan mental yang baik. Secara amnya, sunnah memanah ini memberikan kesan holistik terhadap diri seseorang pelatih. Kekuatan inilah yang ingin dikongsi kepada setiap muslim agar keseimbangan kekuatan mental dan fisikal dapat dinikmati bersama.



Sunday, September 1, 2013

Catatan seorang PENDOSA

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Catatan seorang PENDOSA

Awan putih yang tebal...
menutupi langit biru..
bergerak memberat ke bumi..
mencecah gunung.. mencecah bukit..
andai mampu kusentuh..
andai mampu ku berlari disana.
mungkin sahaja aku akan terbang bersama bila ada masalah yang memberat di jiwa..

sucinya awan putih..
sebersih jiwa mukmin yang sentiasa mencintai Rabbnya..
tidak seperti jiwaku
yang penuh celaru..
aku hanya manusia yang kekdg terlupa apa matlamatku hidup di dunia..
sang musafir yang mengandaikn dirinya hidup lama..
masih lagi membiarkan dirinya lemas di lautan dosa... 




JumaatMubaraqah|catatan seorang pendosa..

Friday, July 19, 2013

Ramadhan #Fasa kedua....



Bismillahirahamanirahim..
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah kita dah memasuki fasa kedua Ramadhan.. Fasa Maghfirah yakni fasa keampunan..
Mohonlah keampuanan sebanyak mungkin kerana Allah telah memberikan bonus yang sangat besar untuk kita terus merintih kepadaNya... Allahu akhbar..

Sedikit Perkongsian :


KEUTAMAAN 10 HARI PERTAMA RAMADHAN
Pada 10 hari ramadhan telah diriwayatkan sebagai hari diturunkan rahmat daripada Allah kepada manusia. Pada 10 hari pertama ini juga kita akan mendapat limpahan pahala dari pelbagai amalan-amalan yang kita lakukan selama berpuasa.


KEUTAMAAN 10 HARI PERTENGAHAN RAMADHAN
Fasa kedua ini Allah banyak memberikan maghrifah atau ampunan. Inilah saat yang tepat bagi kita untuk meminta ampun atas dosa-dosa kita dengan memperbanyakkan zikir dan meminta ampun agar semua dosa-dosa kita diampunkan dan taubat kita diterima Allah s.w.t.


KEUTAMAAN 10 HARI TERAKHIR RAMADHAN

10 hari terakhir ramadhan ini adalah yang paling dinanti natikan orang soleh dan yang beriman kerana pada 10 malam terakhir inilah turunnya Lailatul Qadar sehingga disebut dalam Al Quran tentang kehebatan malam lailatulqadar. Pada 10 malam terakhir ini juga pintu-pintu tertutup rapat.


Mari kita check kesilapan kita sepanjang di bulan Ramadhan...
Biasakan yang betul... betulkan yang biasa.. Biiznillah.. 





Wednesday, June 5, 2013

KuBermonolong sendirian..

Bismillahirahmanirahim...






Kucuba hilang dibawa arus tenang...
Kucuba terbang bersama sang awan... 
Terus berlari bersama sepasang kaki.. 
Kadang tersungkur kerana hilang kekuatan diri...
Tapi jiwa kental mengubah langkah menjadi lebih laju berlari..
Biarkan mereka merentas masa duka...
Biarkan mereka mencerca sesantun bahasa..
Hidupku bukan untuk mereka yang hanya tahu berpura-pura..

Pergi hilang dibawa arus tenang..
Kembali dengan semangat yang hilang.. 
Allah sebaik2 Penenang...

Saturday, May 18, 2013

Biar Gambar Berbicara



Tutup mata.. kemudian buka.. 

Menarik nafas lega... 
Say Alhamdulillah.. 

Saya adalah Hamba Allah yang punya banyak

ada ketikanya lelah...
tapi tugas memikul amanah

janji pada Allah
sebagai hambaNya.. 





Friday, April 19, 2013

Ammar & Amsyar


Assalamualaikum wbt...
Bismillahirahmanirahim...

Saje-saje post.. Rindu pulak dengan amsyar... :)


Rindu

Assalamualaikum wbt
Bismillahirahmanirahim

Tertiba bercerita tentang rindu... Manusia kan.. semua ada perasaan kan... rindu tu anugerah kan.. :)

Pertamanya... selawat dan salam buat junjungan Rasulullah dan kerabat juga para sahabat.. keatas kedua ibu bapa.. dan ahli keluarga kita yang lain..

Hari ini balik dari mengajar.. tengah tunggu bot nak balik ke pekan.. sembang ngn seorang sahabat.. tentang perjalanan hidup.. Dia dengan nk beli rumah nk buat itu.. nk buat ini... seronok mendengar kisah yang pasti setiap perkara yang diceritakannya olehnya pasti ada terselit ayahnya..


Teringat akan arwah ayah saya.. (mohon doakan arwah ayah saya... syukran). Bila kita bergelar ibu dan ayah pasti kita menginginkan yang terbaik buat anak-anak kita kan... samalah ngn arwah ayah saya... Teringat masa kecik dulu.. pape pun bgtaw ayah.. Nak buat.. nak buat ni.. Nk itu.. nak ini... Bgtaw jer.. tup-tup... ada jer untuk kita... :)

Ada ketikanya.. rasa macam nk jadik kecik semula.. Kembali ke zaman yang mmng tak boleh ulang pun.. Kembali semula ke suatu masa yang adanya arwah ayah... Mungkin apa yang saya alami pada hari ini solusinya adalah berbeza daripada hemat seorang ayah...

Sangat berbeza bila kita dibawah jagaan saudara kita berbanding ayah... Bagi saya.. apa yang ayah saya syorkan itulah yang terbaik.. dan akan menurut tanpa sebarang bantahan... :) Allah.. rindu :(

Semoga arwah ayah ditempatkan dikalangan orangorang yang beriman... diampuni dosa2nya yang terdahulu... Aamin... ^^

Sunday, April 7, 2013

Nota buat diri.. ^^

Assalamualaikum wbt..
Bismilahirahmanirahim....

Sekian lama tak menukilankan rasa di blog Cintaku Hanya UntukNya... dalam melayan rasa kesakitan hidung yang sumbat sebab selesema.. diri bermuhasabah dan berfikir semula kesan perbincangan semalam dengan Hamba Allah yang menjadi penasihat diri... ^^

Sering kali menyuarakan ketidak puas hatian atas sesuatu perkara kepadanya.. dia memang pendengar setia.. pemberi pendapat yang bernas... ada ketikanya sengaja memenangkan saya untuk mengambil peluang memberi penjelasan yang lebih mudahku terima... itulah dia yang suka dikenali hanya sebagai hamba Allah..

Banyak mempersoalkan tindakan manusia lain...
kenapa macam tu..??
kenapa macam ni??
tak boleh macam tu..
tak boleh macam ni..

semua nak persoal sehingga menutup kebaikan dalam setiap perkara tersebut..
Manusia mana ada sempurna..

Kita terlalu mempersoal... sehingga kita lupa...
Nak betulkan kah?? atau menunjuk kehebatan diri..

Saya lah yang pandai... sayalah yang hebat..

Jangan lupa yang Maha Hebat itu hanya Allah Azza Wajalla.. kita hanya hamba...
teruslah tunduk menjadi hamba... taat sebagai hamba kepada Yang Maha Esa... ^^

Allahu.. Allahu... Allahu.. :)

Wednesday, March 6, 2013

Pengajaran : Terima kasih sahabat ^^

Assalamualaikum wbt...
Bismillahirahmanirahim...

Bercerita tentang sahabat... Allah saya bersyukur sangat kerana dihadiahkan sahabat-sahabat yang baik.. Alhamdulillah.. bersyukur sangat...

Hemmm.... melayari laman sosial Fb banyak terbaca tentang kisah sebuah persahabatan... Ada yang pahit dan ada yang manis....

Berapa ramai yang pernah ditikam belakang dek kerana ikatan ukhwah yang dibina...
Berapa ramai yang menjejaskan ukhwah kerana ketidakmatangan diri...
Berapa ramai yang menjeruk rasa kerana layanan yang tidak seberapa...

Itulah pahit manisnya ukhwah.... :)

Ammar adalah antara orang yang mudah untuk didekati.... dan antara yang mudah mesra rasanya... (perasaan sndiri) hehe... Ramai yang menghulurkan persahabatn.. dan inshaa Allah semuanya di sambut baik. dengan seikhlasnya saya akan bersahabat dengan sesiapa sahaja... yang menghulurkan ukhwah..

Namun, dalam melayari kehidupan dalam persahabatn.. mustahil andai tidak pernah terasa.. tidak pernah kecewa.. tidak pernah merasai tikaman belakang.... Terlalu banyak sebenarnya, sehingga diri dah cukup lali...

Ada yang datang bila perlu.. ada yang datang bila rasa diri mereka tidak diperlu oleh yang lain...
ada yang datang kerana cemburu.. ada yang datang tanpa disuruh...
Kadang bila kita perlu.. waktu tu tiada siapa yang mahu membantu... Dahulu, sedikit sukar diri menerima keadaan... otak ligat berkata... Kenapakah... Apakah.... ?? SIbuk mencari jawapan... diri tak sempurna kah menjadi sahabat?? Allahu.. terasa tidak matangnya diriku...

ALhamdulillah... perjalanan yang panjang menghadirkan sejuta pengajaran.. ada yang muncul terus dihadapan.. ada yang perlu dicungkil untuk dijadikan panduan...
semakin hari.. diri semakin mengerti.. dan akhirnya membuat keputusan.. Takpe mereka tiada untuk saya.. tapi sebaiknya saya akan cuba selagi mampu untuk mereka... Kerana adanya Allah yang sentiasa ada untuk saya... SIAPA YANG LAMBAT MENYEDARINYA... samalah seperti saya dahulu.... ^^

Pengajaran...sangat bererti.. Terima kasih sahabat.. :)

****Tak perlu menjadi sahabat yang sempurna.. cukuplah ikhlas dalam menjalin ukhwah..

Saturday, February 16, 2013

Soalan Harian... Tanya diri sendiri...


“Di mana Allah saat ini dalam hatiku?”
“Ammar, mana letak Allah ni?”

Sesuatu yang sering diulang-ulang dalam hati.

Mohon merayu pada hati janganlah Allah itu cuma dalam kata-kata hebat kencang terlafaz dalam bait-bait kata yang terucap.
Mohon merayu pada diri janganlah Allah itu cuma dalam buku-buku yang tercetak yang kononnya rajin sangat dihadam.
Mohon pada diri janganlah Allah itu Cuma di atas tikar sejadah dan kemudian dilipat di sudut dinding.
Mohon pada diri janganlah Allah itu cuma pada sujud di dalam masjid, keluar dari masjid maka ditinggalkan Allah di dalam masjid.

Allah, Engkau dekat penuh kasih sayang, kaya dengan asma-Mu yang mulia..



Thursday, January 10, 2013

Aku dan Mesin Jahit

Assalamualaikum wbt.. 
Bismillahirahmanirahim... 

Kisah ni saya dah kongsikan pada tahun lepas di Fb saya Ammar Wajidah :)

Nak kongsi cerita sikit... ^^

Mula-mula saya belajar menjahit dulu sebab saya nak jahit purdah untuk saya pakai... Then barulh timbul minat nak menjahit... Dan mulalah saya menjahit apa sahaja yang saya nak pakai... :) 

Setahun saya menganggur, dalam setahun tu saya dah pandai menjahit dan mulakan bisnes Purdah kat Fb.. TU pun mula-mula niat nk tolong kawan2 yang nak dapatkan purdah sahaja. Alhamdulillah, ada permintaan, sehinggalah kepada apa yang ada pada hari ini... 

Saya ni bercita-cita nak jadi "suri rumah jer.." So, dalam perancangan di minda ni.. akan buat bisnes on9 jer kat umah dengan kemahiran menjahit... Untuk tolong En Suami.. (suatu hari nanti) Kemudian, Alhamdulillah dapat tawaran kerja sebagai Cikgu Tadika pula.. Tapi sebab minat berniaga... Teruskan juga.. kongsi dengan kakak... 

Saya suka sangat berniaga... Masa kat U dulu... Balik kuliah petang akan jual Jeruk dengan sambal dari bilik ke bilik... Then, cuti sabtu ahad.. akan jual nasi lemak pulak dengan Kasma Fawzi... 

Semoga apa yang saya lakukan ni Allah Redha... Amin.. ^^ 

Suatu hari nanti... Akan jadi Full Time Surirumah...(insyaAllah... Doakan taw.. )nak gok ada mesin jahit sendiri.. Yang guna sekarang ni... Kakak yg punya... ^^ Otak ni kata (boleh tak minta hantran MESIN JAHIT) hahaha...

Alhamdulillah... dah ada page niaga sendiri.. walaupun tak cantik sangat coz saya mmng tak kretif tentang grafik ni... hihi... Bolehlah jenguk dalam ni... Ammar Hijab's ^^ 





Moga Allah Redha... 

Mencungkil hikmah



Assalamualaikum wbt..
Bismillahirahmanirahim...

Dah masuk 11. Januari. 2013, ini adalah entry pertama untuk tahun ini dalam blog Cintaku Hanya UntukNya... In shaa Allah... Rinduku buat RasulNya... Allah...
JOm zikir sama-sama...
Selawat sama-sama...

Masuk sahaja tahun baru... maka bertambahlah umur dan berkuranglah waktu untuk kita beramal di muka bumi ini... Bila-bila masa sahaja akan meningglkannya... Oh namanya dunia...

Sekadar perkongsian :

Semalam tengah busy buat kerja sekolah (kemas kini data murid) sambil on9 kat Fb... Seorang sahabat bertanya di inbox...

Sahabat : umur dah 26 thn... Tak risau ke tak nikah lagi?? Awak dah ada calon ke belum??

Saya : Ermm.... Apa nak di kata ea???

Nikah... usah lah dicerita.. rasa pahit pun ada.. :P
Tapi saya yakin akan janji Allah... Jodoh itu pasti ada.. Jangan risaulah...
Banyak hikmah dalam kita mendirikan rumah tangga di usia sebegini.. Takdelah lewat sangat... (walaupun ada yang tak bersetuju)

Nak cungkil hikmah tak?? Ke nak cari kesalahan kita??

Sahabat : Boleh jer...

Saya : ^_^ ERmm.... Yang pertamanya... kita ada banyak masa bersama ibu bapa kita.. Dan fokus kita tak terganggu sangat untuk berkhidmat dengan mereka... Dah nikah nt.. kita ada ibu mertua.. suami.. dan fmly suami.. yang juga akan menjadi fokus kita... So.. di masa yang ada ni.. manfaatkanlh masa bersama yer.. :)
Jodoh... pasti ada..  Jgn risaulah... Saya doakan awak nikah thn ni juga.. hehe

Dah cukup lali kot dengan pertnyaan sedemikian... Cuma saya lebih positif untuk hal yang sedemikian kerana saya berjaya mencungkil hikmah daripada kelewatan tersebut.. Inshaa Allah ada..
Dan masa yang ada digunakan sebaiknya untuk memperbaiki diri..memperbaiki amal..dan memperkukuh iman.. Semoga Allah redha..

Wahai sahabat-sahabatku...
Bernikah diusia muda itu indah...
Tapi bukann bermaksud yang lewat itu bermasalah..
JOdoh, pertemuan, semuanya dah ditentukan..
Cungkillah hikmah disebalik perkara yang ada... :)

Salam muhasabah...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...