Wednesday, March 6, 2013

Pengajaran : Terima kasih sahabat ^^

Assalamualaikum wbt...
Bismillahirahmanirahim...

Bercerita tentang sahabat... Allah saya bersyukur sangat kerana dihadiahkan sahabat-sahabat yang baik.. Alhamdulillah.. bersyukur sangat...

Hemmm.... melayari laman sosial Fb banyak terbaca tentang kisah sebuah persahabatan... Ada yang pahit dan ada yang manis....

Berapa ramai yang pernah ditikam belakang dek kerana ikatan ukhwah yang dibina...
Berapa ramai yang menjejaskan ukhwah kerana ketidakmatangan diri...
Berapa ramai yang menjeruk rasa kerana layanan yang tidak seberapa...

Itulah pahit manisnya ukhwah.... :)

Ammar adalah antara orang yang mudah untuk didekati.... dan antara yang mudah mesra rasanya... (perasaan sndiri) hehe... Ramai yang menghulurkan persahabatn.. dan inshaa Allah semuanya di sambut baik. dengan seikhlasnya saya akan bersahabat dengan sesiapa sahaja... yang menghulurkan ukhwah..

Namun, dalam melayari kehidupan dalam persahabatn.. mustahil andai tidak pernah terasa.. tidak pernah kecewa.. tidak pernah merasai tikaman belakang.... Terlalu banyak sebenarnya, sehingga diri dah cukup lali...

Ada yang datang bila perlu.. ada yang datang bila rasa diri mereka tidak diperlu oleh yang lain...
ada yang datang kerana cemburu.. ada yang datang tanpa disuruh...
Kadang bila kita perlu.. waktu tu tiada siapa yang mahu membantu... Dahulu, sedikit sukar diri menerima keadaan... otak ligat berkata... Kenapakah... Apakah.... ?? SIbuk mencari jawapan... diri tak sempurna kah menjadi sahabat?? Allahu.. terasa tidak matangnya diriku...

ALhamdulillah... perjalanan yang panjang menghadirkan sejuta pengajaran.. ada yang muncul terus dihadapan.. ada yang perlu dicungkil untuk dijadikan panduan...
semakin hari.. diri semakin mengerti.. dan akhirnya membuat keputusan.. Takpe mereka tiada untuk saya.. tapi sebaiknya saya akan cuba selagi mampu untuk mereka... Kerana adanya Allah yang sentiasa ada untuk saya... SIAPA YANG LAMBAT MENYEDARINYA... samalah seperti saya dahulu.... ^^

Pengajaran...sangat bererti.. Terima kasih sahabat.. :)

****Tak perlu menjadi sahabat yang sempurna.. cukuplah ikhlas dalam menjalin ukhwah..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...