Friday, July 19, 2013

Ramadhan #Fasa kedua....



Bismillahirahamanirahim..
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah kita dah memasuki fasa kedua Ramadhan.. Fasa Maghfirah yakni fasa keampunan..
Mohonlah keampuanan sebanyak mungkin kerana Allah telah memberikan bonus yang sangat besar untuk kita terus merintih kepadaNya... Allahu akhbar..

Sedikit Perkongsian :


KEUTAMAAN 10 HARI PERTAMA RAMADHAN
Pada 10 hari ramadhan telah diriwayatkan sebagai hari diturunkan rahmat daripada Allah kepada manusia. Pada 10 hari pertama ini juga kita akan mendapat limpahan pahala dari pelbagai amalan-amalan yang kita lakukan selama berpuasa.


KEUTAMAAN 10 HARI PERTENGAHAN RAMADHAN
Fasa kedua ini Allah banyak memberikan maghrifah atau ampunan. Inilah saat yang tepat bagi kita untuk meminta ampun atas dosa-dosa kita dengan memperbanyakkan zikir dan meminta ampun agar semua dosa-dosa kita diampunkan dan taubat kita diterima Allah s.w.t.


KEUTAMAAN 10 HARI TERAKHIR RAMADHAN

10 hari terakhir ramadhan ini adalah yang paling dinanti natikan orang soleh dan yang beriman kerana pada 10 malam terakhir inilah turunnya Lailatul Qadar sehingga disebut dalam Al Quran tentang kehebatan malam lailatulqadar. Pada 10 malam terakhir ini juga pintu-pintu tertutup rapat.


Mari kita check kesilapan kita sepanjang di bulan Ramadhan...
Biasakan yang betul... betulkan yang biasa.. Biiznillah.. 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...