Wednesday, September 11, 2013

Sekadar perkongsian pengalaman..

Assalamualaikum wbt..
Bismillahirahmanirahim... 

Sekadar perkongsian pengalaman..
Berpakaian serba hitam ataupun yang berwarna.

Saya bekerja sebagai cikgu tadika dan pergaulan saya dengan masyarakat khasnya ibu bapa dan kanak-kanak sangat luas... Masa mula2 mengajar.. saya memang selalu pakai pakaian warna hitam.. tudung hitam.. niqab hitam. Jarang sangat pakai yang berwarna.. Sampaikan kawan sekerja ada yang tanya..

"Ko tiada baju lain kah selain warna hitam?? "
"Hitam lagi... "

Yang ni biasa lagi.. dah macam nyayian usikan sahabat2 ni.. Tapi bila ada ibu bapa yang tanya

"Cikgu ni ajaran sesat ya?? Kata orang yang pakai macam cikgu ni sesat"
"Cikgu.. macam takut pulak anak saya mau datang sekolah ni"
"Cikgu hantu, datang sudah "

Ni adalah pandangan masyarkat luar bandar yang pengetahuan mereka bukan seperti masyrakat yang lain.. Mungkin di kawasan sahabat2 yang lain. Bagi yang memahami mereka tidak persoalkan.. Dan Alhamdulillah ada juga yang menerima walupun mereka sebenarnya banyak persoalan di minda.

Bila ada yang kata macam tu, saya terfikir.. tak sesuai sangat saya pakai serba hitam ni... Nak bg mereka faham pun kena sedikit demi sedikit.. dan saya cuba untuk memakai tudung berwarna dan memakai niqab half hitam.. Selang seli dengan yang sebelumnya.. dan kata2 yang seperti sebelum ini sudah berkurangan dan mereka juga sudah tidak memandang pelik..

Alhamdulillah... Nak bg mereka faham tak semua mampu menerima penjelasan yang berat.. Maka ambillah lankah sedikit demi sedikit..
^^ Moga Allah redha..



Saturday, September 7, 2013

Keseronokan memanah



Assalamualaikum wbt
BIsmillahirahmanirahim..

24.Ogos lepas berpeluang belajar memanah dalam program anjuran sahabat FB di Tawau... Alhamdulillah sangat seronok dengan perkongsian teknik dan ilmu daripada sahabat2 yang baru dikenali.. dan saya menghormati mereka sebagai Jurulatih..

^^

Sedikit perkongsian tentang memanah...  (Copy dari Group Teraju Sabah)

Pengenalan kepada Sunnah memanah
Memanah merupakan salah satu kemahiran purba yang masih kekal sehingga kini. Keutamaan Ilmu memanah telah berubah mengikut zaman dan masa, dari hanya merupakan alatan memburu, kepada sukan riadah di kalangan para bangsawan dan raja di zaman Melayu silam, sehingga menjadi aset penting di dalam era kebangkitan Islam. Rasulullah S.A.W amat mementingkan sukan memanah ini sehingga banyak hadis mengutakan ilmu ini berbanding yang lain. Diantaranya Rasulullah SAW pernah bersabda,

“Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani).

“Nabi SAW melalui satu kawasan di mana sahabat sedang memanah. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya datuk kamu, Nabi Ismail adalah seorang pemanah. Memanahlah dan aku bersama Bani Fulan (salah satu kumpulan pemanah).” Lalu kumpulan satu lagi berhenti memanah. Rasulullah SAW bertanya: “Kenapa kamu berhenti memanah?” Jawab sahabat: “Bagaimana kami hendak memanah kamu berada bersama kami.” Nabi SAW menjawab: “Memanahlah, aku bersama kamu semua.” (Hadis riwayat Bukhari)

Tidak dapat dinafikan juga kekebihan memiliki ilmu ini di kalangan masyarakat Melayu. Memanah dapat melatih emosi dan fizikal semasa meletakkan focus kepada sasaran. Ia juga menitik- beratkan keseimbangan badan, dan secara tidak langsung, sunnah ini melatih seseorang agar mengawal ketenangan dan kestabilkan emosi. 

Ini merupakan di antara disiplin yang perlu ada pada setiap orang Islam. Perbuatan melenturkan anak panah pada busur, dan melepaskannya kepada sasaran memerlukan kekuatan fizikal yang diselengarakan dengan kekuatan mental yang baik. Secara amnya, sunnah memanah ini memberikan kesan holistik terhadap diri seseorang pelatih. Kekuatan inilah yang ingin dikongsi kepada setiap muslim agar keseimbangan kekuatan mental dan fisikal dapat dinikmati bersama.



Sunday, September 1, 2013

Catatan seorang PENDOSA

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Catatan seorang PENDOSA

Awan putih yang tebal...
menutupi langit biru..
bergerak memberat ke bumi..
mencecah gunung.. mencecah bukit..
andai mampu kusentuh..
andai mampu ku berlari disana.
mungkin sahaja aku akan terbang bersama bila ada masalah yang memberat di jiwa..

sucinya awan putih..
sebersih jiwa mukmin yang sentiasa mencintai Rabbnya..
tidak seperti jiwaku
yang penuh celaru..
aku hanya manusia yang kekdg terlupa apa matlamatku hidup di dunia..
sang musafir yang mengandaikn dirinya hidup lama..
masih lagi membiarkan dirinya lemas di lautan dosa... 




JumaatMubaraqah|catatan seorang pendosa..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...